Disediakan oleh
Kluang Today
11:38:00 PTG
-
0
Ulasan
Umat Islam digalakkan memakai pakaian warna putih. Namun, kita juga
dibenarkan memakai pakaian berwarna lain seperti merah, hijau, kuning
dan hitam. Kita juga dibenarkan memakai pakaian yang diperbuat daripada
kapas, bulu dan lain-lain, kecuali lelaki dilarang memakai sutera.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Wahai anak Adam. Sesungguhnya Kami menurunkan kepada kamu pakaian bagi menutup aurat kamu dan pakaian indah sebagai perhiasan. Pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian daripada tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.” (Surah al-A’raf, ayat 26)
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Wahai anak Adam. Sesungguhnya Kami menurunkan kepada kamu pakaian bagi menutup aurat kamu dan pakaian indah sebagai perhiasan. Pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian daripada tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.” (Surah al-A’raf, ayat 26)
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan Allah menjadikan untuk kamu
tempat bernaung daripada benda yang Dia ciptakan. Dia menjadikan untuk
kamu tempat tinggal di gunung-ganang. Dia juga menjadikan untuk kamu
pakaian yang memelihara kamu daripada panas, juga pakaian (baju besi)
yang memelihara kamu semasa peperangan. Demikianlah, Allah
menyempurnakan nikmat-Nya kepada kamu, supaya kamu berserah diri
kepada-Nya.” (Surah an-Nahl, ayat 81)
Abdullah bin Abbas berkata, Nabi Muhammad SAW bersabda: “Saudara sekalian pakailah pakaian berwarna putih kerana warna putih adalah warna terbaik. Saudara sekalian juga gunakan pakaian warna putih untuk dipakaikan kepada orang meninggal.” (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)
Fitrah manusia
Walaupun digalakkan memakai pakaian warna putih, namun tidak salah mengenakan pakaian berwarna lain kerana fitrah manusia menyukai warna terang dan ada memilih warna lembut sesuai dengan kecenderungan minat masing-masing.
Al-Barra’ bin ‘Azib berkata, “Nabi Muhammad adalah seorang yang sederhana tingginya. Baginda kelihatan segak dan tampan apabila memakai pakaian berwarna merah.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Abu Rimsah atau nama sebenarnya Amru bin Huraith berkata: “Saya melihat Nabi Muhammad memakai dua baju yang berwarna hijau.” (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)
Sumber: Riyadus Salihin Taman Orang Soleh
Tiada ulasan
Catat Ulasan
KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.