Disediakan oleh
Kluang Today
5:09:00 PTG
-
0
Ulasan
PETALING JAYA: Seperti mana kebanyakan artis-artis lain
berniaga pada bulan Ramadan, penyanyi Ella atau nama sebenarnya Norzila
Aminudin tidak mahu ketinggalan dan turut berjinak-jinak dalam
perniagaan biskut kesihatan bersempena bulan Ramadan.
Ella, 47, berkata, dia memilih untuk menjual biskut kesihatan kerana
ia jarang dilakukan oleh orang lain selain sikapnya yang memang sentiasa
mementingkan pemakanan sihat.
"Sebelum berani menjual biskut berkenaan Ella cuba terlebih dahulu
selain menkaji bahan-bahan digunakan sebelum mengambil keputusan untuk
berniaga.
"Alhamdulillah suami pun turut menyokong malah dia juga turut menyukai biskut berkenaan," jelasnya kepada mStar Online.
Biskut yang diberi nama Ella Cookies itu tampil dengan empat perisa
iaitu kismis, kelapa, kurma dan badam. Ia menggunakan oat sebagai bahan
utama pembuatannya.
Dalam perkembangan sama, Ella berkata, dia juga berhasrat untuk
meneruskan perniagaan Ella Cookies selepas musim perayaan dengan
mempelbagaikan produk yang berasaskan oat.
Jelas Ella, dia mahu mengeluarkan snek berkhasiat dan pada masa sama mendidik masyarakat tentang pemakanan sihat.
"Ella sangat optimis dengan projek ini dan berharap ia akan menjadi kenyataan," katanya.
Dalam perkembangan lain, Ella berkata, dia kini sedang berehat dan
menghabiskan masa bersama keluarga dan suami dan akan kembali sibuk
selepas Hari Raya kelak.
Kata Ella, dia bakal muncul dengan beberapa siri konsert solo dan
akustik dan memberitahu tidak sabar untuk bertemu dan menghiburkan para
peminatnya.
Sementara itu, Ella berkata, Aidil Fitri tahun ini dia akan menyambutnya di kampung halaman suaminya di Muar, Johor.
Tiada ulasan
Catat Ulasan
KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.