Terkini

Isnin, 29 Julai 2013

Tindakan Berani Kerajaan Johor Mansuh Lesen Pusat Huburan Keluarga Wajar Dicontohi

pusat-hiburan-game

Kuala Lumpur: Langkah memansuhkan lesen pusat hiburan keluarga di Johor dianggap sebagai satu tindakan berani yang seharusnya dicontohi negeri lain.

Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Noh Gadut, berkata pusat hiburan seumpama itu sememangnya bercanggah dengan kehendak Islam, selain mengundang banyak masalah sosial khususnya dalam kalangan generasi muda.

Beliau berkata, aktiviti kekeluargaan seharusnya bermula dari rumah dengan pengisian kerohanian bagi membentuk peribadi murni.

“Benda ini (pusat hiburan) sebenarnya bercanggah dengan agama, bukan budaya orang Malaysia dan bercanggah dengan budaya orang Melayu. Bukan saja ia melekakan, tetapi turut membazirkan wang dan menggalakkan pergaulan bebas.

Selesai banyak masalah

“Apabila tutup, ia akan menyelesaikan banyak masalah. Kita dapat membenteng anak muda daripada terjebak dengan perkara ‘lagha’ dan sia-sia yang akan membawa kepada masalah sosial dan keruntuhan akhlak,” katanya kepada BH ketika dihubungi, di sini, semalam.

Beliau mengulas langkah kerajaan Johor yang mahu memansuhkan lesen pusat hiburan keluarga mulai tahun depan dalam usaha membendung gejala sosial dalam kalangan masyarakat.

Mengulas lanjut Noh berkata, tindakan berani Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin itu sangat wajar dan tepat dalam melindungi dan memelihara kesucian Islam sebagai agama rasmi negara.

“Kita sebuah negara yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi, malah kita menjadi contoh oleh negara Islam lain di dunia. Apa yang bercanggah dengan Islam seharusnya ditiadakan. Bukan saja pusat hiburan, malah pusat judi dan pusat minuman keras juga perlu diambil tindakan yang sama.
« PREV
NEXT »

Tiada ulasan

Catat Ulasan

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.