Disediakan oleh
Kluang Today
3:00:00 PG
-
0
Ulasan
PAUL Scholes yakin rakan sepasukannya, Wayne Rooney akan menolak tawaran Chelsea dan kekal bersama Manchester United.
Bidaan The Blues untuk mendapatkan khidmat penyerang England itu
telah ditolak pada minggu lalu tetapi Chelsea dilaporkan tidak akan
berputus asa.
Bagaimanapun, Scholes, 38 berkata;" Saya tidak rasa tiada kelab lebih
baik untuk bermain bola sepak berbanding Manchester United.
"Segalanya bergantung kepada Rooney tetapi dia adalah pemain hebat
dan setiap pemain dan penyokong mahu dia kekal di sini," kata Scholes.
Scholes yang melakukan penampilan bersama United pada 1993 dan
beraksi lebih 700 perlawanan bersama kelab itu turut yakin pengurus
David Moyes tidak tertekan untuk mendapatkan pemain baru.
Juara Liga Perdana Inggeris musim lalu itu turut membuat dua bidaan
kepada Barcelona untuk mendapatkan pemain tengah Cesc Fabregas yang
bernilai 25 juta pound dan 30 juta pound.
Namun, kedua-dua bidaan itu telah ditolak oleh kelab gergasi Sepanyol itu.
Tiada ulasan
Catat Ulasan
KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.