Disediakan oleh
Kluang Today
1:31:00 PG
-
0
Ulasan
KEMAMAN: Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM)
mengarahkan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) menilai
kandungan filem 'The New Village' (Kampung Baru) yang bakal
ditayangpada Ogos ini.
Treler filem arahan Ong Kew-Lit itu mencetus kontroversi dan
mengundang pelbagai reaksi kerana mengangkat perjuangan komunis sebagai
hero bagimembebaskan Tanah Melayu.
Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, langkah itu
penting bagi memastikan tiada tayangan filem yang boleh memudarat atau
mencetus pelbagai perkara negatif dalam kalangan rakyat Malaysia.
"Bagi saya, kalau filem itu menggugat, memaparkan fahaman komunis
serta perkauman, kita tidak ragu-ragu akan bertindak dan meminta pihak
berkuasa untuk mengambil langkah sewajarnya supaya ia tidak
ditayangkan," katanya selepas meraikan 120 anak yatim dan miskin dalam
Parlimen Kemaman, yang dibelikan baju raya di sebuah pasar raya.
Anggota Parlimen Kemaman itu berkata, Finas boleh mengharamkan filem
berkenaan jika terbukti menimbulkan semangat perkauman, dan orang ramai
diminta agar tidak cepat menghukum 'New Village' hanya berdasarkan
treler yang dipapar di YouTube.
Ahmad Shabery berkata, jalan cerita filem itu perlu dikaji secara mendalam bagi memastikan ia benar-benar bebas unsur negatif.
"Kalau kita belum tengok lagi dah haramkan, saya bimbang ia akan
membantu untuk terus mempromosi filem atau apa-apapun kandungan yang
lain kerana ia tidak boleh ditayangkan di panggung wayang... tetapi
banyak lagi kaedah lain seperti tayangan secara online.
"Saya bersedia dikritik dan berilah peluang pihak saya untuk tengok dulu, dan Finas akan kaji perkara ini," katanya.
Berdasarkan treler, filem lakonan Lenna Lim, Kevin Soo, Teh Young,
Kevin Soo dan Jeff Chin itu memaparkan kisah seorang komunis yang
bercinta dengan seorang gadis Cina sehingga berlaku konflik dan
menimbulkan persepsi bahawa pihak komunis adalah hero untuk membebaskan
Tanah Melayu daripada cengkaman British. - BERNAMA
Tiada ulasan
Catat Ulasan
KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.