Terkini

Jumaat, 12 Julai 2013

Sultan Johor Pandu Sendiri Keretapi Untuk Bertemu Rakyat

sultan johor pandu keretapi

JOHOR BHARU - Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini memandu sendiri keretapi sejauh 50 kilometer menuju ke Stesen keretapi Kluang untuk bertemu rakyat.
  
Baginda dijadual akan berada di Kluang selama lima hari dan selain atas urusan peribadi Sultan Johor difahamkan akan turut mencemar duli meninjau bazar Ramadan untuk bertemu dengan rakyat.
  
Sultan Ibrahim sebelum itu tiba di Johor Baharu (JB) Sentral kira-kira pukul 2 petang dan disambut Presiden KTMB Datuk Elias Kadir dan pegawai kerajaan negeri sebelum menuju ke gerabak untuk memandu keretapi Sinaran Selatan yang dinaiki kira-kira 150 penumpang.
  
Baginda yang kelihatan teruja untuk memandu keretapi berkenaan sempat bertitah kepada pemberita dengan menyatakan telah merancang perjalanan tersebut sejak bulan lepas.  
  
Persediaan mental dan fizikal juga dilakukan untuk memandu keretapi berkenaan yang mengambil masa dua jam 15 minit untuk tiba di Kluang, titah baginda.
  
Ini merupakan kali kelima baginda memandu sendiri keretapi selepas mendapat lesen memandu lokomotif berkuasa tinggi pada Program Kembara Mahkota Johor (KMJ) Jun 2010. - Bernama
« PREV
NEXT »

Tiada ulasan

Catat Ulasan

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.