Disediakan oleh
Kluang Today
12:59:00 PG
-
0
Ulasan
KUALA LUMPUR: Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik
(TPPA), yang melibatkan 12 negara, tidak akan ditandatangani pada
Oktober ini seperti yang dijangkakan pada mulanya kerana ada banyak
bidang yang belum dipersetujui.
Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan
Industri (MITI), Datuk Dr Rebecca Fatima Sta Maria, berkata rundingan
TPPA itu merupakan rundingan antara pihak yang setara tetapi walaupun
sekiranya satu pihak tidak bersetuju, rundingan perjanjian itu tidak
akan selesai.
"Perkara yang paling penting ialah kita tidak akan bertolak ansur
dari segi kedaulatan Malaysia dan kita akan berpegang kepada dasar kita.
"Kita gunakan kemahiran berunding untuk mengetepikan perkara-perkara
yang menyentuh kedaulatan," kata beliau pada forum dan dialog Pertubuhan
Usahawan Muda Malaysia mengenai TPPA di sini, Isnin.
Pada Oktober 2010, Malaysia mengambil bahagian sebagai satu pihak dalam rundingan TPPA itu.
Sta Maria berkata Malaysia memilih untuk mengambil bahagian dalam
rundingan-rundingan TPPA lebih awal untuk memahami apa yang sedang
berlaku dalam proses rundingan itu dan agar dapat mempengaruhi
keputusan.
Mengenai perusahaan kecil dan sederhana (PKS), beliau berkata isu-isu
berkaitan dengan PKS termasuk dalam rundingan-rundingan TPPA itu. -BERNAMA
Tiada ulasan
Catat Ulasan
KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.