Disediakan oleh
Kluang Today
5:43:00 PG
-
0
Ulasan
KUALA BESUT - Kehadiran seorang lelaki berlegar-legar di sekitar pusat
pengundian Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Baharu di sini pada 2 petang
menimbulkan kecurigaan kepada sekumpulan perayu undi yang bertindak
menahannya kerana mengesyaki dia 'pengundi hantu'.
Mereka kemudian menyerahkan lelaki itu kepada polis dan membuat laporan polis berhubung kecurigaan mereka itu.
Ketua Polis Daerah Besut Supt Kamaruddin Mohd Zakaria berkata ia satu-satunya laporan yang diterima pihaknya berhubung dakwaan pengundi hantu sepanjang proses pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Kuala Besut yang berlangsung hari ini.
"Hasil siasatan ke atas lelaki yang berasal dari Jerteh itu kami mendapati lelaki itu kurang siuman dan sesetengah penduduk di kawasan itu mengenalinya dan curiga dengan kehadirannya di kawasan itu.
"Lelaki yang bekerja sebagai jurukimpal itu ditahan bukan dalam 500 meter kawasan pengundian, bagaimanapun kita tetap menahannya untuk siasatan lanjut," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Sementara itu, Kamaruddin berkata polis tidak menggalakkan para penyokong parti yang bertanding membanjiri Dewan Gong Kemuntong Jerteh sewaktu penjumlahan undi dilakukan malam ini kerana tempat yang terhad.
Katanya orang ramai yang ingin mengetahui keputusan rasmi pilihan raya kecil itu boleh menontonnya menerusi siaran langsung di televisyen di rumah masing-masing.
Beliau berkata penyokong juga dilarang melakukan perarakan dalam apa juga bentuk untuk meraikan kemenangan calon mereka.
Kamaruddin memuji para penyokong parti yang memberikan komitmen terbaik sepanjang proses pilihan raya itu berlangsung.
Beliau turut mengesahkan insiden kereta Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Wan Ahmad Wan Omar dikerumuni para penyokong parti tertentu yang menyangka kereta bercermin gelap tanpa logo SPR yang membawa beliau dan anggota suruhanjaya itu membawa pengundi hantu.
Bagaimanapun, tiada laporan polis dibuat berhubung kejadian itu, kata Kamaruddin. - Bernama

Tiada ulasan
Catat Ulasan
KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.