Terkini

Isnin, 8 Julai 2013

Pembantu Rumah Warga Indonesia Didakwa Membunuh Majikan

amah-indon-didakwa

ALOR SETAR: Seorang pembantu rumah warga Indonesia pada Ahad dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini terhadap pertuduhan membunuh seorang warga emas di Taman Serindik di sini Jun lepas.

Dedek Lena, 38, berasal dari Batam, Indonesia dituduh membunuh Che Siah Wan Nik, 75, di rumah bernombor B26, Taman Serindik, Jalan Langgar di sini pada pukul 11.25 pagi 24 Jun lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Tertuduh yang berpakaian penjara berwarna ungu hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Umzarul An Nur Umar, namun tiada pengakuan direkodkan.

Umzarul An Nur kemudiannya menetapkan 6 Okt ini untuk sebutan semula kes. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Aisyaf Falina Abdullah. - BERNAMA
« PREV
NEXT »

Tiada ulasan

Catat Ulasan

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.