Disediakan oleh
Kluang Today
11:00:00 PTG
-
0
Ulasan
BESUT: Seorang kanak-kanak perempuan berusia
setahun lapan bulan maut selepas dipatuk seekor ular ketika sedang tidur
dalam kejadian di rumahnya di Kampung Gong Ubi Keling, dekat Jabi di
sini, malam Sabtu.
Kejadian dipercayai berlaku pukul 11.30 malam ketika Puteri Suhana
Sata sedang tidur di ruang tamu rumah bersama ibu dan empat lagi
adik-beradiknya.
Ibunya Zela Mohamad, 42, berkata kejadian disedari oleh anak
sulungnya, Mohd Ruhaidi, 25 yang ternampak ular berkenaan di hujung kaki
anak bongsunya itu.
"Kami baru sahaja tidur sementara Mohd Ruhaidi berada di dalam sebuah
bilik untuk membuat kerja. Mohd Ruhaidi yang keluar daripada bilik
untuk ke bilik air ternampak seekor ular hitam sepanjang hampir satu
meter berhampiran kaki Puteri Suhana dan mengejutkan saya," katanya
ketika ditemui pemberita di rumahnya, dekat sini Ahad.
Katanya, beliau yang bangun dan memeriksa Puteri Suhana mendapati
kaki anak bongsu daripada 11 beradik itu berdarah manakala ular terbabit
yang dipercayai ular tedung sudah menyusur ke tepi dinding menuju ke
bahagian dapur.
"Saya tengok ada dua kesan darah pada buku lali kiri anak yang masih
tidur. Bila saya mengangkatnya barulah Puteri Suhana menjerit
kesakitan," katanya yang kemudian meminta bantuan saudara untuk
menghantar anaknya ke Hospital Besut.
Menurutnya ketika kejadian, suaminya Sata Mahasan, 42, sedang bekerja di Kompleks Perikanan Tok Bali, Semerak, Kelantan.
"Semasa di dalam kereta ketika dalam perjalanan ke hospital, Puteri
Suhanameminta untuk menyusu badan namun tetapi dia tidak dapat menyusu
akibat kesakitan sambil muntah-muntah," katanya.
Menurut Zela itu adalah kali terakhir beliau mendengar suara anaknya.
Puteri Suhana disahkan meninggal dunia oleh doktor di unit kecemasan
hospital, katanya menambah jenazah anaknya dikebumikan pagi Ahad. - BERNAMA
Tiada ulasan
Catat Ulasan
KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.