Terkini

Khamis, 25 Julai 2013

Bidaan Kedua Arsenal Terhadap Luis Suarez Ditolak

Luiz-Suarez-liverpool

LIVERPOOL menolak bidaan Arsenal melebihi 40 juta pound bagi mendapatkan khidmat penyerang Luis Suarez.

Arsenal bersetuju dengan jumlah tersebut dalam usaha untuk memenuhi syarat dalam kontrak pemain kelahiran Uruguay itu.

Di bawah syarat perjanjian Suarez yang ditandatangani pada Ogos tahun lalu, apa jua nilai bidaan melebih jumlah tersebut akan menyebabkan Liverpool terpaksa mempertimbangkan tawaran itu dan memaklumkan kepada Suarez walaupun The Reds sekali lagi menolak bidaan tersebut.

Bidaan terbaru Arsenal itu adalah yang kedua ditolak Liverpool.

Liverpool percaya Suarez merupakan pemain berharga bagi mereka dengan Pengurus Brendan Rodgers memberitahu pada minggu lalu bahawa beliau bernilai 55 juta pound, sama seperti nilai Edinson Cavani yang dijual oleh Napoli ke Paris St-Germain.

"Apabila Edinson Cavani dijual dengan harga 55 juta pound, Luis yang turut memiliki bakat setaraf pemain tersebut, sewajarnya mempunyai penilaian sama.

"Kami berpendapat tawaran Arsenal itu tidak setimpal dengan bakat yang dimiliki pemain tersebut. Tiada jaminan Luis akan dijual hanya kerana mereka memenuhi tuntutan awal kami kerana kami sedang cuba untuk membina sesuatu, kami tidak perlu menjualnya," kata Rodgers.
« PREV
NEXT »

Tiada ulasan

Catat Ulasan

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.