Terkini

Sabtu, 27 Julai 2013

Adik Morsi Sokong Tentera Gulingkan Pentadbiran Abangnya

penyokong-morsi

Al-adwa: Adik bekas Presiden Mesir tidak marah malah menyokong tentera meskipun bertindak menggulingkan Mohammed Morsi pada 3 Julai lalu.

“Saya ada keyakinan penuh kepada tentera,” kata Sayed Morsi ketika ditemui di rumahnya dengan gambar abangnya digantung di sebelah ayat suci al-Quran.
 
“Saya bersabar. Dia juga begitu,” kata Sayed, merujuk kepada abangnya.

“Dia ajar saya supaya jangan buat orang marah meskipun anda sendiri berang. Jangan beri reaksi marah bila orang lain marah.”

Tinggal di kampung

Dua adik Morsi, Saeed dan Sayed masih tinggal di kampung halaman mereka di al-Adwa.

Ketika Saeed pergi ke Kherah untuk turut membantah penggulingan Morsi, Sayed terus berada di sini.

“Perkara terpenting di negara ini ialah tentera. Jika pemimpin tentera melakukan kesilapan, itu beri masalah. Tetapi, kita manusia, biasa bagi kita buat kesilapan,” katanya.

Jeneral Abdel Fattah al-Sisi yang mengarahkan Morsi digulingkan turut menggesa penyokong melakukan perarakan semalam bagi mencabar pergerakan Ikhwanul Muslimin.

Sementara itu, Morsi diarah supaya ditahan 15 hari lagi sehingga siasatan ke atasnya selesai.

Ditanya sama ada dia khuatir dengan keselamatan abangnya, Sayed berkata: “Saya tidak pernah takut. Saya hanya takut Tuhan.”

Kritik Ikhwanul Muslimin

Meskipun ramai yang terus menyokong Morsi, ada juga yang mengkritik Ikhwanul Muslimin.

“Morsi orang kami. Kami tahu dia seorang yang baik,” kata Ismail Mohamed al-Saddiq, 43, petani dan kontraktor.

“Masalahnya, dia beri banyak kuasa kepada Ikhwanul Muslimin. Itu buat penduduk marah,” kata Saddiq.

“Sama ada Morsi yang berkuasa atau tidak, kami mahu orang yang dapat memajukan negara ke arah lebih baik, bukan lebih teruk,” katanya lagi, merujuk kepada tuntutan asal pada 2011 selepas menjatuhkan Hosni Mubarak. - REUTERS
« PREV
NEXT »

Tiada ulasan

Catat Ulasan

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.