Disediakan oleh
Kluang Today
2:00:00 PG
-
0
Ulasan
ADIK kepada Rihanna mendedahkan penyanyi terkenal itu mula
terlibat dengan aktiviti tidak sihat seperti mengambil minuman
beralkohol dan sering menghabiskan masa di kelab malam sejak berusia 14
tahun.
Rorrey Fenty memberitahu The Sun ibu mereka ketika itu sangat risaukan tentang tabiat kakaknya itu dan sentiasa menasihatinya supaya berubah.
"Dia sangat liar semasa remaja dan ibu sentiasa risaukannya namun
Rihanna bukanlah seorang yang jahat sehingga menimbulkan masalah besar,"
katanya.
Dalam pada itu, Fenty berkata, Rihanna sebenarnya seorang yang
sederhana dan sering menghabiskan masanya di Barbados iaitu tempat
kelahirannya jika tidak membuat sebarang aktiviti seni.
Jelasnya, penyanyi lagu Diamonds akan menghabiskan masanya di rumah
dan sering meminta ibu mereka memasakkan kari ayam kegemarannya.
Tiada ulasan
Catat Ulasan
KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.