Disediakan oleh
Kluang Today
12:00:00 PG
-
0
Ulasan
KOTA BARU: Tiket perlawanan akhir Piala FA antara
Kelantan dan Johor Darul Takzim (JDT) pada Sabtu ini turut dijual 'ulat
tiket' di perkarangan Stadium Sultan Muhammad ke-IV di sini, Rabu.
Skuad The Red Warriors bakal bertemu Harimau Selatan pada perlawanan
akhirPiala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu, 8.45 malam.
Tinjauan Bernama di kawasan itu mendapati ada segelintir individu
cuba mengaut keuntungan tinggi apabila menjual tiket pada harga RM60
berbanding harga asal RM40 dan harga itu dijangka meningkat menjelang
perlawanan pada Sabtu ini.
Wartawan Bernama yang menyamar sebagai pembeli, mendapati 'ulat
tiket' melakukan operasi mereka pada waktu pagi dan difahamkan sehingga
malam dengan menjadikan gerai menjual pakaian di sekitar perkarangan
stadium sebagai tempat beroperasi.
Seorang penyokong yang hanya mahu dikenali sebagai Min dari Tumpat
kesal kerana Persatuan Bolasepak Kelantan (Kafa) tidak memantau kegiatan
haram itu.
"Ketika tiket dijual semalam (Selasa), saya antara penyokong yang
datang awal beraturuntuk mendapatkan tiket. Saya beratur sejak awal pagi
bersama beberapa rakan tetapi kecewa kerana tidak sampai 15 minit
kaunter dibuka, pengurusan Kafa umumkan tiket habis dijual.
"Hari ini, ketika sedang makan tengah hari di sebuah gerai di
perkarangan stadium, saya nampak ada segelintir individu bukan sahaja
menjual tiket secara haram malah pada harga tinggi untuk mengaut
keuntungan," katanya.
Pada Selasa, kira-kira 2,000 penyokong The Red Warriors yang menunggu
seawal 6 pagi berang apabila tiket diumumkan habis dijual dalam masa 15
minit.
Sementara itu, Presiden Kafa yang digantung Tan Sri Annuar Musa
menulis di laman sosial Facebooknya bahawa beliau kesal dengan tindakan
persatuan itu yang terus melayan permintaan daripada kelab penyokong
yang membeli secara pukal walaupun tarikh tamat untuk tempahan tiket
ialah pada 15 Jun lepas.
Anggota parlimen Ketereh itu turut dukacita kerana cadangan beliau
supaya sekurang-kurangnya 8,000 tiket disimpan untuk jualan terbuka
tidak dipatuhi Kafa. - BERNAMA
Tiada ulasan
Catat Ulasan
KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.