Disediakan oleh
Kluang Today
9:24:00 PTG
-
0
Ulasan
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim dibidas kerana tidak
sensitif dengan masalah kesihatan rakyat apabila menyokong dan
menggalakkan penyokong pembangkang menyertai perhimpunan Black 505di
Padang Merbok Sabtu lalu.
Malah Ketua Pembangkang itu diibaratkan mengamalkan pendirian berat
berat sebelah apabila menyalahkan kerajaan yang kononnya gagal menangani
masalah jerebu yang melanda negara sejak minggu lalu.
"Permatang Pauh tidak langsung prihatin kepada masalah jerebu apabila
bersetuju dan mengarahkan orang ramai berhimpun di Padang Merbok.
"Nampaknya Permatang Pauh seperti berat sebelah menyalahkan pihak
kerajaan, tetapi di pihak Permatang Pauh sendiri melakukan kesalahan
kepada rakyat," kata Shabudin Yahaya (BN-Tasek Gelugor) pada persidangan
Dewan Rakyat di sini, Rabu.
Ahli Parlimen baru itu berkata demikian ketika mencelah sesi perbahasan menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong oleh Anwar.
Menerusi perbahasannya, Anwar menyalahkan kerajaan dan Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana tidak menasihatkan Seri
Paduka supaya menyentuh mengenai keadaan jerebu yang melanda negara
menerusi titah baginda.
Pembangkang pada Sabtu lalu menganjurkan perhimpunan yang dikenali
sebagai Black 505 di Padang Merbok bagi membantah keputusan Pilihan Raya
Umum ke-13 walaupun Indeks Pencemaran Udara (IPU) di ibu negara
dilaporkan tidak sihat.
Lebih membimbangkan apabila terdapat sebahagian peserta perhimpunan
itu berkhemah selama dua malam di kawasan berkenaan walaupun tanpa
kebenaran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Mengulas lanjut Anwar bagaimanapun mempertahankan penganjuran
perhimpunan berkenaan walaupun diadakan di tempat terbuka dalam keadaan
berjerebu.
"Perhimpunan itu hanya mengambil masa sehingga mungkin hampir lebih dua jam.
"Rakyat yang faham tentang penipuan (dakwaan penipuan pilihan raya) mahu melahirkan sikap dan pendirian mereka," katanya.
mStar
Tiada ulasan
Catat Ulasan
KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.