Disediakan oleh
Kluang Today
11:39:00 PTG
-
0
Ulasan
MUAR: Seorang pelatih yang sedang menjalani
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Kem Sri Ledang, Jementah,
Segamat melahirkan seorang bayi lelaki dalam tandas kem tersebut pada
Rabu.
Pengurusan kem tersebut yang menyedari remaja berkenaan melahirkan
bayi dalam tandas pada kira-kira pukul 3 pagi segera mengejarkan ibu
berusia 18 tahun itu bersama bayi seberat 2.7 kilogram ke Hospital Pakar
Sultanah Fatimah di sini.
Bagaimanapun, bayi lelaki tersebut meninggal dunia tidak lama selepas
itu,manakala keadaan ibu muda terbabit dalam yang sedang dirawat tidak
membimbangkan.
Pengarah hospital Dr Selahudeen Abdul Aziz ketika dihubungi mengesahkan ada menerima seorang pesakit remaja bersama bayi lelaki.
"Kita akan menjalankan bedah siasat ke atas bayi itu esok untuk mengenalpasti punca kematiannya," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ledang, Supt Harun Idris ketika
dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian tersebut. - BERNAMA
Tiada ulasan
Catat Ulasan
KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.