Disediakan oleh
Kluang Today
2:00:00 PG
-
0
Ulasan
SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul
Khalid Ibrahim pada Rabu mengumumkan kerajaan negeri telah membuat
keputusan untuk menggantikan kesemua kenderaan rasmi anggota Majlis
Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) yang telah digunakan sejak lima tahun
lepas.
Beliau berkata, kenderaan rasmi sedia ada itu akan dijual semula bagi
digantikan dengan kenderaan baru untuk kesemua anggota exco termasuk
Menteri Besar.
"Kereta itu kita telah guna selama lima tahun dan kita fikir ia perlu diganti dengan yang baru.
"Kita akan maklumkan butiran pembelian termasuk kos kesemua kereta
yang akan dibeli kemudian," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat
mingguan exco negeri di sini, Rabu.
Pada 2004, kerajaan Selangor memilih Toyota Camry sebagai kenderaan
rasmi anggota Exco dan pegawai kanannya kerana harganya dianggap
berpatutan dengan kos penyelenggaraan yang tidak tinggi.
Dalam pada itu, Abdul Khalid berkata, pihaknya juga telah mengarahkan
kesemuabarisan exco negeri mengisytiharkan harta masing-masing dalam
tempoh terdekat ini.
Katanya, pengisytiharan itu termasuk penambahan aset semasa exco terbabit menerajui kepimpinan Selangor. - BERNAMA
Tiada ulasan
Catat Ulasan
KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.