Disediakan oleh
Kluang Today
3:06:00 PTG
-
0
Ulasan
IPOH: Kerajaan dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu
Bakar akan memfailkan rayuan terhadap keputusan ditetapkan Mahkamah
Tinggi minggu lepas yang memutuskan Khalid bertanggungjawab terhadap
kematian suspek pencuri kereta A. Kugan ketika berada dalam tahanan
polis.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata,
keputusan dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi Datuk V.T. Singham harus
dihormati dan langkah sewajarnya harus diambil.
"Kita akan membawa perkara itu ke Mahkamah Rayuan. Jika ia gagal, kami akan membawa perkara itu ke Mahkamah Persekutuan.
"Jika seseorang tertuduh boleh merayu, mengapa kerajaan tidak boleh berbuat demikian?
"Ia adalah untuk berlaku adil," katanya selepas merasmikan perasmian
Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Alumni Sekolah Izzuddin Shah di sini,
Ahad.
Pada minggu lalu, Singham berkata, Khalid yang pada waktu itu
merupakan Ketua Polis Selangor bertanggungjawab terhadap kematian Kugan
ketika berada dalam tahanan polis empat tahun lalu.
Singham berkata Khalid cuai untuk memastikan keselamatan tahanan dalam kes tersebut.
Sumber: mStar
Tiada ulasan
Catat Ulasan
KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.