Disediakan oleh
Kluang Today
4:02:00 PTG
-
0
Ulasan
KUALA LUMPUR: Johor dan Negeri Sembilan antara
tiga negeri yang kembali dilanda banjir dengan merekodkan jumlah mangsa
sehingga pagi Ahad seramai 150 orang termasuk mangsa di Selangor.
Menurut laman portal banjir Majlis Keselamatan Negara (MKN), Negeri
Sembilanmerekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 71 orang melibatkan 27
keluarga diikutidengan Selangor 58 orang melibatkan 17 keluarga manakala
di Johor seramai 21orang melibatkan enam keluarga.
Portal MKN turut melaporkan banjir di Negeri Sembilan melibatkan
kawasan diKampung Jimah Lama, Port Dickson dengan sebuah pusat
pemindahan dibuka diSekolah Rendah Kebangsaan Jimah Lama.
Di Selangor banjir melibatkan kawasan di Jalan Kebun dan Bukit
Changgang,Kuala Langat dan sebuah pusat pemindahan dibuka di Dewan
Genting Sanyen, KualaLangat manakala di Johor melibatkan banjir di
kawasan Kampung Spang Loi dan Kampung Awat, Segamat dengan sebuah pusat
pemindahan dibuka di Balai Raya masing-masing, menurut portal itu.
Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) meminta penduduk
dibeberapa kawasan di Perak, Negeri Sembilan, Johor, Pahang berjaga-jaga
berikutanbacaan paras air sungai melebihi aras amaran.
Kawasan terbabit ialah sekitar Sungai Plus di Kampung Lintang, Kuala
Kangsar di Perak, Sungai Rembau di Titian Bintangor, Rembau di Negeri
Sembilan, Sungai Muar di Buloh Kasap, Segamat di Johor, Empangan Repas,
Bentong dan Sungai Triang di Triang, Bera di Pahang.
Setakat 9.30 pagi ini, bacaan Sungai Plus di Kampung Lintang, Kuala
Kangsar 54.53 meter, Sungai Rembau di Titian Bintangor, Rembau 6.53
meter, Sungai Muar di Buloh Kasap, Segamat 8.77 meter, Empangan Repas,
Bentong dan Sungai Triang di Triang, Bera mencatat 113.67 meter dan
34.10 meter iaitu masing-masing telah melebihi aras amaran - BERNAMA
Tiada ulasan
Catat Ulasan
KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.