Disediakan oleh
Kluang Today
11:41:00 PTG
-
2
Ulasan
KOTA BARU: Selepas menerima maklum balas positif daripada
perwakilan, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang secara terbuka
mengalu-alukan saranan agar beliau dilantik sebagai perdana menteri
ketujuh sekiranya pakatan pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum ke-13
(PRU-13).
Bagaimanapun Abdul Hadi menegaskan agar pembangkang perlu terlebih
dahulu memenangi pilihan raya jika mahu mengangkat beliau sebagai
perdana menteri.
"Saya alu-alukan cadangan supaya saya dilantik menjadi PM (Perdana
Menteri), kadang-kadang syok juga (jadi perdana menteri) tetapi saya nak
minta Tuhan menangkan Islam, nak jadi apa lepas tu, nak mati pun
matilah," katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan Muktamar
Tahunan PAS ke-58 di sini, Ahad.
Pada muktamar kali ini, timbul banyak gesaan di kalangan perwakilan
termasuk Dewan Ulama dan Dewan Muslimat yang mahu pemimpin tertinggi
mereka dipilih sebagai perdana menteri di kalangan pakatan pembangkang.
Cadangan itu sekaligus dilihat bahawa ahli PAS menolak persepakatan
pakatan pembangkang untuk mengangkat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai
perdana menteri Malaysia yang ketujuh.
Sumber: Mstar
Memperjudikan diri cari pengaruh dengan pelbagai cara menonjol personaliti masing2 ( ingin menjadi pemimpin ) mereka berpolitik, tetapi jangan pula yg menjadi perlaksana tugas pemimpin terikut berpolitik.Lebih baik jalankan tugas anda sebagai perlaksana dalam bidang berkaitan. Negara Aman Rakyat selesa ( pemimpinlah yg akan diterjah jika gagal memimpin Rakyat dan mentadbir Negara )gagal punah.
BalasPadamJika hadi sudah bersedia untuk menjadi pemimpin..sudah tentu dia juga sudah bersedia meneriam balasan serta azab yg amat pedih sekiranya gagal melaksanakan tanggung jawabnya...
BalasPadam