Terkini

Sabtu, 10 November 2012

Generasi Baru Felda Mula Terima Pemberian 'Durian Runtuh' Bernilai RM563,175,000

 
SHAH ALAM - Seperti yang dijanjikan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyempurnakan bayaran 'durian runtuh' pusingan ketiga kepada generasi baru Felda sebanyak RM5,000 untuk 112,635 keluarga melibatkan RM563.2 juta.
  
Sebagai menandakan pembayaran itu, Najib menyampaikan cek replika kepada wakil dari 11 Wilayah Felda pada Himpunan Generasi Baharu Felda dihadiri kira-kira 12,000 belia dari seluruh negara di Universiti Teknologi Mara di sini.
  
Berucap pada majlis itu, Najib berkata kini tiba giliran generasi baharu Felda untuk mendapat manfaat itu selepas ibu dan bapa mereka sebelum ini.
  
"Hari ini giliran generasi kedua anak-anak mendapat rahmat daripada durian runtuh, sekali gus membuktikan bahawa sebagai sebuah kerajaan kita tidak pernah mungkir janji," kata beliau.
  
Sebelas Wilayah Felda itu ialah Raja Alias, Segamat, Gua Musang, Kuantan, Trolak, Johor Baharu, Mempaga, Terengganu, Alor Setar, Jengka dan Sahabat di Lahad Datu. - Bernama
« PREV
NEXT »

4 ulasan

  1. AGAK-AGAK MAZLAN ALIMAN TOLAK TAK DURIAN RUNTUH NI.KALAU DIA AMBIL SAMA-SAMA KITA LIHAT DIA TUTUP TAK MUKANYA.

    BalasPadam
  2. Dapat jumlah besar RM 5k tp sedara ramai dipecah2 dapatlh ckit. boleh jugak beli gadjet 3G

    BalasPadam
  3. Ok la tu daripada tak dapat langsung..syukur pada nikmat yg sedikit besar ganjaranya..

    BalasPadam

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.