Disediakan oleh
Kluang Today
11:02:00 PTG
-
0
Ulasan
KUALA LUMPUR: Pengagihan 'durian runtuh' fasa ketiga berjumlah RM563
juta kepada generasi kedua FELDA akan dilaksanakana secara teratur
mengikut sistem yang ditetapkan bagi mengelakkan sebarang pertikaian.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan, berkata pengagihan mungkin akan dilakukan menerusi dua cara sama ada pemberian cek RM5,000 kepada setiap keluarga atau diagihkan berdasarkan bilangan anak peneroka yang layak.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan, berkata pengagihan mungkin akan dilakukan menerusi dua cara sama ada pemberian cek RM5,000 kepada setiap keluarga atau diagihkan berdasarkan bilangan anak peneroka yang layak.
"Isu pengagihan wang tidak sepatutnya timbul. Ia terpulang kepada
setiap keluarga sama ada dibahagikan sama rata atau digunakan untuk
membantu ibu dan bapa yang juga peneroka FELDA untuk mengerjakan umrah.
"Kemungkinan kita akan serahkan cek kepada setiap keluarga dan selepas itu terpulang kepada mereka untuk mengagihkannya," katanya ketika sidang media selepas talimat khas mengenai Himpunan Generasi Baru FELDA dan Pemberian Durian Runtuh Fasa Ketiga di Wisma FELDA di sini, hari ini.
Himpunan yang dijangka mengumpulkan 10,000 anak peneroka dan generasi ketiga FELDA seluruh negara itu akan diadakan di padang lawat Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam pada 9 hingga 11 November depan.
Sementara itu, beliau menafikan dakwaan Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh bahawa terdapat individu di Sabah menerima satu juta unit saham Felda Global Ventures Holding (FGV) walaupun tiada kena mengena dengan pembangunan FELDA.
Dakwaan berkenaan dibuat Ahli Parlimen berkenaan berikutan terdapat individu menerima satu juta unit saham FGV menerusi 'pink form' di Parlimen pada 24 Oktober lalu.
"Berdasarkan senarai yang terdapat di FGV jelas menunjukkan
tiada individu menerima satu juta unit saham walaupun menerusi 'pink
form'," katanya.
Seumber: Berita Harian
Tiada ulasan
Catat Ulasan
KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.