Disediakan oleh
Kluang Today
11:56:00 PG
-
0
Ulasan
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meragui kemampuan Pengarah Felda yang baharu, Tan Sri Shahrir Abdul Samad untuk mengembalikan semula kegemilangan institusi berkenaan.
Beliau turut menyarankan Shahrir Samad supaya membasmi dan membersihkan segala masalah penyelewengan dan isu dalaman yang sedang berlaku jika benar-benar serius ingin menaikkan semula nama Felda.
“Saya dengar pengerusi Felda yang baharu itu mahu kembalikan semula kegemilangan Felda seperti satu masa dahulu jadi saya tidak tahu bagaimana dia nak selesaikan masalah sebegini.
“Mungkin dia pun sebagai pengerusi dah ketinggalan zaman kerana tidak melihat dengan jelas masalah yang dihadapi Felda sekarang tidak seperti dahulu kerana sekarang ia sudah rosak dibuat oleh pihak pimpinan yang tidak bertanggungjawab,” katanya.
Memetik laporan Sinar Harian, Muhyiddin mendakwa, kemerosotan prestasi Felda juga berpunca daripada pihak yang tidak bertanggungjawab, korupsi dan campur tangan pihak kerajaan yang tidak amanah serta tidak menampakkan hasilnya.
“Dulu kita tahu hasil daripada nilai syarikat dan nilai korporat hasil yang ada di bawah Felda memang cukup besar sehingga bernilai berbilion ringgit. Tetapi, hairan bagaimana pada waktu yang cukup singkat segala apa yang telah dibina untuk puluhan tahun boleh hancur begitu sahaja.
“Selain itu, sebahagian besar daripada harta dan saham daripada Felda juga dilihat sudah tidak mempunyai nilai ditambah pula dengan kekuatan kewangan yang agak lemah. Ini semua hanya memberi kesan buruk kepada peneroka,” katanya.
Tambahnya, PPBM bersama Pakatan Pembangkang mempunyai rancangan bagi menyelesaikan perkara tersebut yang bermula dengan memberikan penerangan kepada kesemua peneroka mengenai masalah yang sedang dialami Felda sekarang.
Tiada ulasan
Catat Ulasan
KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.