Disediakan oleh
Kluang Today
11:16:00 PG
-
4
Ulasan
ISKANDAR PUTERI : Fitnah terbaru mantan perdana menteri, Dr Mahathir berkaitan 700,000 warga asing di Johor yang kononnya akan diberi Kad Pengenalan (IC) untuk menjadi pengundi pada Pilihan Raya Umum akan datang adalah tidak berasas dan berniat jahat.
Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menerusi kenyataan di laman Facebook miliknya berkata dakwaan melulu Dr Mahathir tersebut bukan sahaja tidak logik, malah tidak bersandarkan fakta dari sumber yang sahih.
Mohamed Khaled turut menjelaskan bahawa kedudukan semasa pemilikan hartanah oleh kepentingan asing di Johor adalah sangat rendah iaitu hanya 2.01 peratus daripada jumlah keseluruhan hak milik hartanah di Johor iaitu sebanyak 1,452,931 unit.
"Bagi tempoh 2003 sehingga 30 November 2016, jumlah kelulusan permohonan kebenaran perolehan hartanah oleh kepentingan asing dalam rekod Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Negeri Johor adalah sebanyak 29,218 unit.
Angka ini mewakili pemilikan hartanah jenis bertanah dan strata.
Sekiranya kita mengambil kira anggaran empat orang bagi setiap unit hartanah oleh Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC), sekurang-kurangnya 116,872 orang sahaja yang mengisi unit-unit hartanah yang dimiliki oleh orang asing itu," ujar beliau.
Dalam kenyataan yang sama juga, Mohamed Khaled turut menegaskan bahawa proses permohonan warga asing untuk menjadi warganegara Malaysia adalah sangat ketat dan memerlukan pertimbangan teliti oleh Kerajaan dalam pelbagai aspek.
"Malaysia adalah negara yang sangat tegas dan sukar untuk memberikan kerakyatan kepada mana-mana warga asing. Malah ratusan ribu lagi mereka yang telah dilahirkan di Malaysia dan telah tinggal di Malaysia sebegitu lama tetapi masih belum diberikan kerakyatan," katanya.
Tambah beliau, Malaysia juga tidak mempunyai dasar yang membolehkan sesiapa yang memiliki hartanah di Malaysia layak memohon kerakyatan Malaysia. Maka dengan itu, pemilikan hartanah di Malaysia tidak memberi kelebihan dalam proses memohon status kewarganegaraan.
Pada masa yang sama, Mohamed Khaled yang juga Pengurusi Perhubungan UMNO Negeri Johor turut mezahirkan rasa kesal terhadap Dr Mahathir yang kini lebih menyanjung dan mempercayai laporan negatif media barat mengenai negara tanpa usul periksa.
"Sebagai negarawan yang membidani Malaysia yang moden ini, Tun Mahathir pasti ingat betapa agresif dan konsistennya media Barat dalam memburuk dan memperkecil-kecilkan segala inisiatif pembangunan yang beliau perkenalkan.
Apakah Tun Mahathir lupa tentang serangan sistematik media Barat terhadap pembangunan besar-besaran Putrajaya dan Cyberjaya dan pembinaan Petronas Twin Tower. Semuanya digambarkan sebagai pembaziran wang rakyat," soal beliau.
Dr Mahathir sebelum ini dalam entri blog miliknya mendakwa lebih 700,000 warga China akan dibawa masuk ke Forest City. Dalam entri blog itu turut menyatakan bahawa warga China berkenaan akan diberi kad pengenalan bagi membolehkan mereka mengundi pada pilihan raya umum akan datang.
Buka minda, lapangkan dada dan hayati setiap isi yang cuba tun sampaikan, semoga dengan izin Allah hati anda akan terbuka dan memahami maksud sebenar dan mengelak untuk memesongkan intipati teks tersebut....
BalasPadamMacam mana org lain nak hayati dan percaya pada Mahathir sedangkan prinsip dia setiasa berubah-ubah mengikut keadaan yg mana mendatangkan keuntungan pada dirinya sahaja..
PadamIa adalah strategi serampang drpd Tun Mahathir kpd Najib. Jgnlah percaya bulat2 apa yg Tun cko. Pasti ada yg tersurat & tersirat.
BalasPadamJadi, rumah-rumah dan kondo harga berjuta-juta
BalasPadamdi GARDENCITY dan FORESTCITY tu di bina untuk
SIAPA....???
Takkan UNTUK ORANG MELAYU atau warga MALAYSIA kerana
Untuk orang MELAYU sudah digahkan dengan MEGAH dan
sombong - membinarumah-rumah PR1MA 600 kaki persegi
khas untuk mereka.
Nak tahu juga, siapa b akal pemilih rumah dabn kondo
di GARDENCITY dan FORESTCITY...............?????