Terkini

Sabtu, 20 Ogos 2016

Converse, ALL America Menggamit Nostalgia Zaman Persekolahan

converse-chuck-taylor-2016x

Masa zaman sekolah (zaman remaja) dulu cemburu sungguh bila tengok rakan sekelas menggayakan kasut jenama Converse.

Pada masa itu, mana-mana pelajar lelaki atau perempuan yang mampu beli dan pakai kasut berkenaan pasti akan menjadi perhatian di sekolah. Awek pun senang dapat. Tapi dulu lah.

Bagi yang hanya mampu tengok dan tak mampu beli (maklum lah budak sekolah mana ada income) tapi berangan nak pakai kasut Converse, nasib baiklah ada kasut yang seakan-akan sama iaitu kasut ALL America seperti gambar di bawah.

all-america-classic
All America : Klik Untuk Besarkan
Ntah ada lagi ke tidak budak-budak sekolah sekarang pakai kasut jenama berkenaan. Itu lah dia nostalgia masa zaman baru nak naik dulu yang masih dikenang sampai hari ini.

Biar zaman berubah, namun bagi peminat tegar kasut Converse, hati mereka tetap setia pada yang satu. Biarpun ada berpuluh pasang kasut di rumah, kasut Converse wajib ada dalam koleksi.

Baru-baru ini, Converse Malaysia baru sahaja melancarkan koleksi terbarunya iaitu Fall/Holiday 2016 Converse Counter Climate Shield Canvas Footwear.. Memang tip-top dan sangat bergaya bagi sesiapa yang memakainya.

Koleksi ini direka khas dengan menggabungkan rekaan classic sneaker dengan keperluan ciri-ciri cuaca.

Rekaan ini didatangkan khas dengan ciri-ciri warna yang sangat menarik, garang dan berani serta memenuhi citarasa muda-mudi masa kini. Ia diperbuat dengan menggunakan material berkualiti seperti water repellent canvas dan waterproof neoprene.

Difahamkan, setiap sneaker mampu menangani masalah cuaca tidak terjangka seperti hujan dan sebagainya. Selain itu, ia turut dilengkapi dengan durable water repellant (DWR) yang berfungsi untuk menghalang air daripada meresap. Mantap bukan!

Sebagai peminat No. 1 Converse apa tunggu lagi? Bagi yang belum mendapatkan koleksi terbaru dari Converse, sila dapatkanya segera di butik Converse berhampiran atau di Converse.com pada harga RM349.90 sehingga RM399.90 sepasang tidak termasuk GST..hahaha

Untuk melihat pelbagai koleksi terbaru Converse yang sangat mengancam dan super cool, boleh klik sini, Dijamin tak menyesal punya!
« PREV
NEXT »

Tiada ulasan

Catat Ulasan

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.