Terkini

Rabu, 4 Mei 2016

Mukhriz Guna Mahkamah Untuk Tutup Mulut Musuh Politiknya

mukhriz-tengku-sarifuddin

KUALA LUMPUR : Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dilaporkan telah memfailkan saman terhadap Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Sarifuddin Tengku Ahmad kerana memfitnahnya.

Ini adalah berkaitan dengan empat kenyataan media Tengku Sharifuddin yang dikeluarkannya antara 15 April dan 26 April.

Saman itu difailkan di pejabat pendaftar sivil Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melalui firma Haniff Katri and Co.

Kenyataan itu mendakwa Mukhriz, selaku bekas menteri besar Kedah, berkomplot bersama bapanya, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad serta bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menjatuhkan kerajaan yang sah.

Mukhriz mendakwa kenyataan itu mencadangkan bahawa beliau akan diberikan jawatan perdana menteri sebaik sahaja Muhyiddin berundur selepas menggantikan Najib.

Bekas menteri besar itu mendakwa empat kenyataan Tengku Sariffuddin memberi gambaran seolah-olah beliau seorang yang gila kuasa, hanya mempunyai motif untuk menjadi perdana menteri tanpa sebarang pertimbangan terhadap kepentingan rakyat.

Menurut Mukhriz, kenyataan itu juga seolah-olah menggambarkan bahawa beliau mengamalkan politik kotor, bertindak mengikut telunjuk bapanya dan seorang yang tidak memiliki prinsip dan tidak bermoral.

Sehubungan itu, Mukhriz menuntut gantirugi am, gantirugi teladan dan gantirugi berterusan yang akan dinilai oleh mahkamah.

Beliau juga memohon injunksi bagi menyekat Tengku Sarifuddin daripada mengeluarkan sebarang kenyataan media yang sama.
« PREV
NEXT »

6 ulasan

  1. sudah sudah le tu boboi...ikut jer style Anuar Ibrahim....jelas dan terang terangan nak jadi PM....kan senang....
    kalau tak nak jadi PM kenapa dulu bertanding post vice president..?? ko nak jadi apa kalau menang post VP tu...???? nasib baik ko kalah... tu pasal bapak ko mengamuk satu Malaya...sebab ko failed bertanding....ko mana ada aura nak jadi PM....jadi MB kedah pun ko failed....setakat jadi MB remote control buat apa...???? 2-3 hari di kedah, 3-4 hari di KL....balik kedah berlagak warak bagai...pakai jubah le, pakai kopiah le....orang kedah bukan bodoh...yg bodoh terpesona dengan penampilan warak tu pun bukan orang lama kedah...tapi budak budak muda baru lepas bercerai susu dan baru belajar nak pakai lampin jer yg percaya dgn ko.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lebih baik dari AhJibNgok yang kata nak saman WSJ tapi... tapi... tapi.. AKAK KAU PUNYA LAKI!!!

      Padam
  2. ini betul2 saman, bukan yg satu tu nak saman hari Selasa, dah beratus Selasa lepas tak juga saman...puiihhhh..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betol tu Bro!!!

      Dorang tu semua kan puak Bangang.. Bingai... Goblog dan tolong sambongkan

      Padam
  3. tunggu punya tunggu..... last2 perangkap dipasang dimasuki kambing belaan sendiri..... nak tau kenapa aku cakap macam tu?... sebenarnya depa ni semua dah lama tertunggu2 Dan terbangak2 mengharap Najib mulakan saman secara besar2an terhadap ramai orang termasuk WSJ lah Dan banyak lagi sebab mereka nak mulakan "tuduhan" bahawa Najib nak tutup mulut pengkritik Dan media untuk menyelamatkan diri..... last2 kambing bodoh ni yg terjun perangkap dulu.... tu tengah terkebil2ah tu..... bodoh jerkan.

    BalasPadam
  4. hahahahhah yang paling lawak....#Akak ko punya Laki#.......Abg ipor dia lah wakakakkakaka

    BalasPadam

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.