Terkini

Jumaat, 8 April 2016

Tindakan Tegas Terhadap Pencetus Provokasi Melampau

tmj-sultanjohor-khaled

JOHOR BAHRU : Tindakan segera harus diambil terhadap mereka yang menjadi punca kepada provokasi melampau untuk mengulingkan Menteri Besar Johor dan digantikan dengan calon Timbalan Menteri yang dikatakan rapat dengan Perdana Menteri.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kempas, Datuk Tengku Putra Haron Aminurrashid Jumat berkata, sudah tiba masanya UMNO bertindak dengan menyiasat pihak yang menjadi dalang dan apa agenda mereka yang mencetuskan provokasi ini.

Menurut beliau, siasatan perlu dilakukan seterusnya tindakan sewajarnya dikenakan terhadap pihak atau individu yang mencetuskan provokasi tanpa bukti ini, kerana tindakan mereka dilihat jelas mahu menjejaskan nama baik parti dan kepimpinan UMNO.

Dalam pada masa yang sama, beliau turut menegaskan bahawa kenyataan yang jelas tidak beretika ini dikhuatiri akan menyebabkan ahli UMNO khususnya mereka yang suka dengan cerita-cerita sebegini, membuat andaian dan tuduhan melulu dalam mencari ‘siapa Timbalan Menteri’ yang dimaksudkan oleh portal-portal pro pembangkang ini.

TPJ-Kluang-TodayBeliau turut menggesa Umno supaya mendesak pihak atau individu yang menimbulkan isu ini tampil membuat kenyataan terbuka tanpa berselindung atau berkias-kias dengan niat untuk membangkitkan rasa gelisah dikalangan rakyat.

"UMNO perlu desak mereka ini sebut Timbalan Menteri mana yang di maksudkan supaya siasatan boleh di buat. Jika dia membuat fitnah maka pihak berkuasa wajib ambil tindakan terhadapnya.

Mustahil untuk menggantikan Menteri Besar Johor dengan Timbalan Menteri dalam penggal ini kerana semua Timbalan-Timbalan Menteri dari Johor bukan dari kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri.

Mereka adalah Ahli-Ahli Parlimen dan tiada peruntukan untuk mereka dijadikan MB melainkan ada pililhanraya kecil di peringkat negeri dan mendapat perkenan Tuanku Sultan Johor." ujar beliau dalam satu kenyataan medianya hari ini.

Jelas Adun Kempas itu lagi, hanya Ahli Dewan Undangan Negeri boleh dipilih sebagai Timbalan atau pun Menteri penuh pada bila-bila masa jika mereka dilantik menjadi Senator di peringkat pusat dan diangkat sebagai Menteri oleh Perdana Menteri.

Kataya, situasi yang berlaku di Kedah di mana Datuk Seri Ahmad Bashah layak menjadi menteri besar dipenggal yang sama kerana beliau merupakan ADUN yang telah diangkat menjadi Senator sekaligus layak menjadi timbalan menteri.

Beliau turut menyeru kepada semua pihak terutamanya ahli UMNO di Johor agar tidak termakan dengan hasutan pihak luar serta terburu-buru membuat adaian yang tidak berasas tanpa memahami secara jelas tentang sistem perlantikan jawatan-jawatan penting di peringkat pusat mahupun di negeri.
« PREV
NEXT »

Tiada ulasan

Catat Ulasan

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.