Disediakan oleh
Unknown
12:20:00 PTG
-
0
Ulasan
KLUANG : Disaat seluruh kepimpinan Umno negeri menyokong penuh kepimpinan Datuk Mohamed Khaled Nordin selaku Menteri Besar Johor, timbul pula dakwaan kononya ada pihak mahu merampas kedudukan tersebut atas arahan presiden Umno.
Setiausaha Badan Perhubungan Umno Johor, Md Jais Sarday menyifatkan penyebaran khabar angin berkenaan di media sosial bertujuan untuk menarik perhatian ramai memandangkan pemilik akaun Facebook tersebut merupakan anak kepada Speaker Dewan Undangan Negeri Johor
Beliau menegaskan, kontroversi yang menjadi viral berhubung kedudukan Menteri Besar Johor sepertimana yang diviralkan portal berita pro Pembangkang itu hanya menjadikan masyarakat resah dan gelisah sedangkan ia tidak berasas sama sekali.
Menurut Jais yang juga exco kanan negeri berkata, Umno Johor tidak nampak sebab mengapa menteri besar harus ditukar dan dengan Gagasan Johor Berkemajuan yang dibawa oleh kepimpinannya.
Adun Mahkota itu turut menjelaskan bahawa urusan untuk menukar menteri besar kononnya bagi membolehkan seorang timbalan menteri mengambil alih jawatan tersebut tidaklah semudah yang diperkatakan.
"Jika benar orang yang akan menggantikan menteri besar adalah dari kalangan seorang timbalan menteri, ini bermakna dia adalah seorang ahli parlimen. Sebagai ahli parlimen, jika orang itu hendak dilantik sebagai menteri besar satu pilihan raya kecil perlu diadakan untuk memberi laluan.
"Saya nak tanya siapa pulak yang akan dikorbankan di kerusi Dun untuk memberi laluan kepada calon ini.
"Saya nak tanya dalam situasi semasa sekarang, logikkah semua ini terjadi?" soalnya.
Dalam pada masa yang sama, beliau juga percaya dan yakin rakyat Johor tidak mudah termakan dengan hasutan serta adu domba seumpama ini yang bertujuan untuk menggugat kepimpinan negeri.
Tambah beliau, kesungguhan kerajaan negeri mengatasi isu berkaitan rakyat menerusi Gagasan Johor Berkemajuan di bawah inisiatif menteri besar, sudah pasti rakyat tidak mahu melihat apa yang dirancang dan dilaksanakan untuk mereka cuba diganggu gugat oleh isu-isu kontroversi seperti ini.
Menurut Jais, semua peringkat kepimpinan negeri daripada kerajaan negeri sehinggalah kepada peringkat jentera parti bekerja keras untuk meletakkan Johor sebagai negeri paling maju di Malaysia dan tidak mempunyai masa untuk berpolitiking tetapi malangnya usaha murni ini hendak dimusnahkan dengan isu picisan seperti ini.

Tiada ulasan
Catat Ulasan
KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.