Terkini

Khamis, 21 April 2016

PBT Tidak Pernah Lulus Lesen Berunsur Perjudian di Johor

Abd-Latif-Bandi

ISKANDAR PUTERI : Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri, Datuk Abdul Latif Bandi pada sesi penggulungan Sidang Dewan Negeri Johor yang ke-13 menafikan bahawa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini pernah meluluskan lesen hiburan berunsurkan perjudian.

Menurut beliau, terdapat pihak tertentu telah menyalahgunakan lesen hiburan dan premis yang diberi dengan menjalankan aktiviti perjudian seperti mesin kuda.

Jelas beliau lagi, memang benar pihak berkuasa tempatan meluluskan lesen hiburan dan lesen premis tetapi tidak pernah meluluskan sebarang lesen berunsur perjudian.

Beliau menegaskan bahawa pihaknya memandang serius perkara itu dan telah bekerjasama dengan pelbgai agensi untuk menjalankan operasi terhadap pihak yang menjalankan kegiatan berunsurkan perjudian.

“Operasi bersepadu bersama PDRM, pejabat daerah, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan sebagainya sentiasa dibuat, terutamanya terhadap premis yang disyaki menjalankan kegiatan  berunsurkan perjudian haram termasuklah mesin kuda.

“Melalui rekod PDRM,  bagi tempoh Januari  hingga 15 April 2016 sebanyak  637 serbuan dilakukan dengan tangkapan seramai 2,297 orang, rampasan sebanyak 6,782 buah mesin judi dan wang tunai berjumlah RM174,812,” katanya.
« PREV
NEXT »

Tiada ulasan

Catat Ulasan

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.