Terkini

Khamis, 7 April 2016

Mahathir Kecewa Laporan PAC Tidak Mengaitkan Najib Dengan 1MDB

mahathir-1mdb-pac

PETALING JAYA : Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) telah meneliti semua bukti berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan mendapati Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak terlibat secara langsung dalam isu membabitkan syarikat berkenaan.

Bagaimanapun, keputusan tersebut tidak begitu disenanggi mantan Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad kerana hasrat beliau mahu melihat Najib terlibat dan dipersalahkan dalam skandal 1MDB itu tidak menjadi kenyataan.

Menerusi satu kenyataan medianya, Dr Mahathir secara menyindir mengakui beliau tersilap sebelum ini apabila mendakwa sejumlah RM42 bilion telah hilang dari akaun 1MDB.

 "Laporan PAC sebut bukan RM42 bilion tetapi RM50 bilion. Jauh lebih banyak, maka saya silap sebab sebelum ini saya nyatakan jumlah yang lebih kecil.

"Saya rasa RM50 bilion ini juga tidak betul, mungkin lebih dari itu," katanya ketika ditemui selepas menghadiri dialog Deklarasi Rakyat: Realiti atau Fantasi, di sini, hari ini.

Dalam pada masa yang sama, Dr Mahathir turut menyatakan rasa kecewa dengan kenyataan PAC yang meminta bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim disiasat.

 "Saya simpati dengan (bekas) CEO, bukan dia yang tubuhkan 1MDB. 1MDB dimulakan oleh Najib dan dia penasihatnya.

"Semua yang berlaku kepada 1MDB dia patut tahu. Sebenarnya tiada apa boleh dilakukan tanpa persetujuan Najib, jadi kenapa hukum lelaki ini (Shahrol)," katanya.

Jelas beliau, Najib sebagai pengasas 1MDB merupakan individu yang sepatutnya bertanggungjawab dan dipersalahkan di atas segala masalah yang berlaku terhadap syarikat milik kerajaan itu.
« PREV
NEXT »

2 ulasan

  1. hmmm....dah agak dah...dia mesti tak puas hati punya...selagi Najib tak kena, selagi itu dia akan cari jalan...lepas ni nak tengok pulak apa game dia nak kenakan najib...

    BalasPadam
  2. dialu-alukan tun mahathir reka game baru. buatlah puluhan, ratusan dan ribuan game baru sampai dia puas hati, atau nyawanya sampai dihujung tapi tak satupun gamenya berjaya.

    BalasPadam

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.