Terkini

Ahad, 24 April 2016

Kerajaan Negeri Akan Dapatkan Nasihat BNM Sebelum 'Bank of Johor' Ditubuhkan

khaled-nordin-bank-johor

ISKANDAR PUTERI : Satu jawatankuasa khas bagi memperhalusi dan memperincikan pelan penubuhan 'Bank of Johor' seperti yang disyorkan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar akan ditubuhkan tidak lama lagi.

Bagaimanapun, menurut menteri besarnya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata kerajaan negeri perlu mendapatkan nasihat Bank Negara Malaysia (BNM) bagi tujuan melantik konsultan kewangan dan pihak berkepakaran.

 "Kerajaan negeri akan perhalusi secara serius titah cadangan Sultan Johor mengenai penubuhan 'Bank of Johor'. Kita perlu meneliti cadangan baik ini dan mengambilkira pelbagai faktor.

"Antaranya matlamat dan keberkesanan model yang ingin digunakan, daya saing dan sumber kepakaran yang diperlukan serta kemampuan kita memenuhi syarat yang ditetapkan BNM dan Akta Perkhidmatan Kewangan 2013," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan  pada Persidangan Penggal Keempat Dun Johor Kali Ke-13 di Kota Iskandar di sini.

Mohamed Khaled berkata, kerajaan negeri bersikap terbuka untuk mengkaji model serta struktur terbaik bagi menubuhkan bank berkenaan samada berkonsep pembangunan, perdagangan, komuniti, patuh syariah atau koperasi.

Pada pertengahan April lalu, Sultan Ibrahim mengesyorkan kerajaan negeri menubuhkan sebuah bank sendiri dikenali sebagai 'Bank of Johor' bagi memudahkan rakyat negeri ini mendapat pinjaman perumahan.

Baginda bertitah demikian ketika menyampaikan titah pada Perasmian Pembukaan Persidangan Penggal Keempat Dewan Negeri Johor Ke-13 di Bangunan Sultan Ibrahim, Bukit Timbalan, di sini.
« PREV
NEXT »

Tiada ulasan

Catat Ulasan

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.