Disediakan oleh
Kluang Today
10:12:00 PG
-
0
Ulasan
KUALA LUMPUR : Selepas pelbagai usaha dari dalam dilakukan untuk menggulingkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menemui jalan buntu, Dr Mahathir Mohamad dilaporkan terpaksa meminta pertolongan pihak luar untuk memastikan hasratnya tercapai.
Mantan perdana menteri itu yang sebelum ini digambarkan sebagai penentang campur tangan asing dalam hal ehwal dalaman negara telah mengejutkan banyak pihak apabila beliau membelakangkan prinsip yang dipegangnya selama ini.
Dalam satu wawancara bersama akhbar Australia, The Weekend Australian, Dr Mahathir berkata, beliau hanya tinggal sedikit harapan Najib akan berundur tanpa tekanan luar.
“Kebiasaannya saya tidak suka campur tangan asing dalam urusan Malaysia tetapi saluran untuk kami membetulkan keadaan telah ditutup sepenuhnya.
“Jadi sekarang kita kena beri laluan kepada campur tangan asing dalam urusan domestik kita. Jika ia sah, ya. Jika mereka ada maklumat, mereka mesti memberikan maklumat dan jika ada penggubahan wang haram, jika kerana membabitkan Najib, itu tidak bermakna mereka mesti menangguhkan undang-undang itu,” katanya kepada The Weekend Australian.
Dalam pada itu, Dr Mahathir dilaporkan melahirkan rasa terkejut dan kecewa terhadap tindakan pihak berkuasa Australia yang tidak melancarkan siasatan terhadap isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Sedangkan katanya, ANZ memegang 25 peratus saham AmBank di mana lebih daripada AS$ 1 bilion dipindahkan ke akaun peribadi Najib.
“Kerajaan Australia dilihat seperti tidak mahu menyinggung perasaan Perdana Menteri Malaysia,” katanya.

Tiada ulasan
Catat Ulasan
KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.