Terkini

Khamis, 28 April 2016

Arul Nafi Pernah Beri Kenyataan Berlaku Penipuan Dalam 1MDB

arul-kanda-1mdb
KUALA LUMPUR : 1Malaysia Development Bhd (1MDB) tidak pernah 'mengaku berlaku penipuan' sepertimana yang didakwa oleh pelbagai personaliti dan seterusnya disalah lapor oleh media tertentu, kata Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan, Arul Kanda Kandasamy.

"Apa yang saya katakan ialah, berikutan kandungan kenyataan Pejabat Peguam Negara Switzerland pada 12 April 2016, 1MDB kini terbuka kepada kemungkinan penipuan, itu tidak boleh diketepikan," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau merujuk kepada pelbagai komentar mengenai kenyataannya baru-baru ini berkaitan kemungkinan wujudnya penipuan berhubung dana milik negara 1MDB.

Arul Kanda berkata, amat dikesalkan ramai personaliti memilih untuk 'memutar' perkataannya demi agenda mereka sendiri.

"Apa yang penting pada pandangan saya ialah pertelingkahan 1MDB mengenai deposit AS$3.5 bilion yang dibayar kepada Aabar Investements PJS Ltd (Aabar BVI).

"1MDB menegaskan yang ia telah berurusan dengan beberapa eksekutif kanan, oleh itu transaksi terlibat mengikat Abu Dhabi International Petroleum Investment Co (IPIC) dan Aabar Investments PJS sebagai syarikat korporat, secara kasarnya - ia adalah hal dalaman mereka untuk diselesaikan," katanya.

Menurutnya, 1MDB tidak akan menjauhkan diri dan berharap untuk menyelesaikan pertelingkahan dengan IPIC melalui perbincangan dan jika perlu, arbitrasi dalam usaha memastikan penyelesaian yang pantas demi kepentingan semua pihak.

Dalam pada itu, 1MDB akan terus memberi kerjasama sepenuhnya kepada Polis Diraja Malaysia dalam siasatannya ke atas syarikat itu, katanya.

"1MDB telah menegaskan dan akan terus menegaskan, jika sebarang bukti salah laku ditemui, tindakan mesti diambil berdasarkan undang-undang," kata Arul Kanda.

Bernama
« PREV
NEXT »

Tiada ulasan

Catat Ulasan

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.