Disediakan oleh
Kluang Today
9 years ago
-
0
Ulasan
Syarikat minyak milik negara, Petroliam Nasional Bhd (Petronas) membuat keputusan untuk mengurangkan lebih dari 1,000 pekerjanya menerusi program penstrukturan semula kumpulannya.
Petronas dalam satu kenyataan kepada media berkata, pihaknya akan memulakan proses untuk memberhentikan pekerja seperti yang diperlukan dan perlaksanaan tersebut dijangkan selesai dalam tempoh enam bulan.
MStar Online melaporkan, Petronas turut mengumumkan kepimpinan baharu, berikutan kajian semula terhadap model operasi perniagaan untuk kecekapan perniagaan lebih baik, berdaya tahan dan kemampanan ketika dilanda persekitaran mencabar dalam industri mintak dan gas.
Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas, Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin mengumumkan barisan kepimpinan baharu, berserta struktur kumpulan kepimpinan tertinggi pada perhimpunan bersama kakitangannya pada Selasa.
Jelas beliau, penstrukturan baru itu akan mula berkuat kuasa pada 1 April 2016.
Beliau berharap dengan struktur baru itu akan menjadikan syarikat lebih berdaya saing bagi membolehkan ia mengemudi organisasi itu dalam persekitaran luaran yang mencabar.
Tiada ulasan
Catat Ulasan
KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.