Terkini

Ahad, 27 Mac 2016

Pendekatan Populis Jalanan Hanya Akan Mengundang Masalah Pada Negara

annuar-jais-umno

KLUANG : Tindakan pihak tertentu yang cuba menggunakan pendekatan populis jalanan bertujuan untuk menukar kepimpinan kerajaan sedia ada hanya akan mengundang pelbagai masalah kepada negara.

Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa berkata, tindakan berkenaan juga akan menyebabkan rakyat berpecah belah kerana tiadanya semagat handak bersatu.

Beliau turut mempersoalkan tindakan pihak yang kononya mahu menyelamatkan negara ini tetapi tidak menggunakan saluran yang betul (pilihan raya) untuk menukar kerajaan sedangkan sistem itu telah pun diuji dalam sejarah.

Menurutnya, sebarang ketidakpuasan hati haruslah disalurkan secara berhemah tanpa menggadaikan kestabilan negara yang menjadi paksi pembangunan Malaysia.

Beliau mengulas tindakan bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad yang bersekongkol dengan Pembangkang menerusi 'Deklarasi Rakyat' untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Kita kena menghargai demokrasi, janganlah kita terbawa-bawa sentimen individu yang memang bermasalah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Berkelompok Umno Cawangan-Cawangan Peringkat Bahagian Kluang di Dewan Kampung Melayu di sini.

Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh bersyukur kerana rakyat memahami keadaan politik negara dan tidak mudah terpengaruh dengan usaha Dr Mahathir.
« PREV
NEXT »

Tiada ulasan

Catat Ulasan

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.