Disediakan oleh
Kluang Today
9 years ago
-
3
Ulasan
PETALING JAYA: Tindakan Tan Sri Muhyiddin Yassin bersekongkol bersama DAP dalam usaha beliau menggulingkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bakal mengundang tindakan tatatertib yang lebih keras terhadap dirinya termasuk dipecat dari Umno.
Terbaru, Umno dilaporkan akan mengadakan mesyuarat tergempar bagi membincangkan nasib bekas timbalan perdana menteri itu bersama beberapa orang lagi pemimpin Umno yamg terlibat dalam kempen menumbangkan kerajaan bersama Pakatan Pembangkang.
Menurut wakil Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Hassan Malek, tindakan sekumpulan pemimpin Umno bersekongkol dengan DAP itu sungguh mengecewakan dan pihak MT tidak lagi boleh bertolak ansur dengan perbuatan khianat mereka.
Beliau berkata, tindakan Muhyiddin dan Shafie menandatangani deklarasi 'Selamatkan Malaysia' amat memalukan parti dan merupakan satu pengkhianatan kepada Umno dan orang Melayu.
Tambah beliau presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka akan mengadakan mesyuarat tergempar tidak lama lagi bagi membincangkan perkara itu.
Baru-baru ini, Muhyiddin antara 50 individu termasuk Tun Dr Mahathir Mohammad dan Lim Kit Siang menandantangani deklarasi menuntut Datuk Seri Najib Tuh Razak meletak jawatan sebagai perdana menteri.
Sebelum itu, Muhyiddin digantung tugas kerana didakwa tidak membantu presiden manakala Shafie tidak dikenakan sebarang tindakan.
Lembablah UMNO ni, nak mesyuarat apa lagi, PECAT je lah...jangan simpan gunting dalam lipatan ni. Dia sendiri cari pasal.
BalasPadamBukan lembab je, perompak perogol hak mutlak.......
BalasPadamPUNITIF.......
Bukan lembab tapi berhemah.
BalasPadam