Disediakan oleh
Kluang Today
9 years ago
-
3
Ulasan
PETALING JAYA: Sikap tidak sabar Tun Dr Mahathir mahu Datuk Seri Najib Tun Razak berundur dari jawatanya yang disuarakan melalui satu sidang media bersama pemimpin Pembangkang petang tadi mendapat maklum balas dari Pejabat Perdana Menteri.
Pejabat Perdana Menteri menerusi kenyataan hari ini berkata, Dr Mahathir diminta bersabar dan perlu menunggu sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) seterusnya kerana ia mengikut undang-undang, demokratik dan memenuhi kehendak rakyat.
Dalam kenyataan itu turut menyebut, rakyat Malaysia telah menzahirkan pilihan mereka dengan memilih Barisan Nasional yang ditunjangi Umno pada PRU-13 sebagai kerajaan memerintah yang diketuai oleh Datuk Seri Najib Razak.
Pejabat Perdana Menteri juga turut mengingatkan Dr Mahathir supaya mengikut proses demokarasi dan menunggu PRU akan datang, selaras dengan undang-undang serta Perlembagaan Malaysia jika beliau mahu mengubah kerajaan.
"Tindakan Dr Mahathir bersama bekas timbalan perdana menteri, Muhyiddin Yassin dan anaknya menandatangani deklarasi anti-Najib bersama pemimpin Pembangkang untuk menggulingkan Datuk Seri Najib Razak selaku Perdana Menteri yang sah dianggap sebagai satu tindakan terdesak" katanya.
Tun bukan nak ubah kerajaan..dia x lawan umno pun. Dia dan rakyat mau najib dan pengampu2nya turun ja...itu pun x blh faham ke?
BalasPadamDAP dan Pakatan Pembangkang bukanya bodoh bro..
Padammemang boleh faham der, tapi caranya macam budak tak cukup akal. apa ke jadah bersekongkol dengan pembangkang untuk menjatuhkan najib? adakah tun menganggap dap dan pkr tu bodoh macam lembu untuk dicucuk hidung ikut cakap tun tanpa ada agenda tersembunyi? sejak bila tun naif dengan strategi parti pembangkang penuh tipudaya ni? adakah kerana najib, parti pembangkang tiba2 menjadi suci di mata tun? tun dah hilang pertimbangan sebenarnya. kalau ingin menjatuhkan najib, bukan melalui platform cacamerba begitu, kecualilah tiba2 tun rasa dap itu lebih baik untuk orang melayu.
Padam