Terkini

Selasa, 19 Januari 2016

Parti Komponen Pakatan Harapan Berbalah Isu Pembahagian Kerusi PRU14

presiden-pakatan-harapan

Belum pun semboyan Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) dibunyikan, Pakatan Harapan (PAN) yang dianggotai Parti Amanah Negara (AMANAH) DAP, dan PKR sudah mula menunjukkan perpecahan apabila masing-masing mula berebut kerusi pilihan raya.

Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Samad, dalam satu kenyataan mengingatkan setiap ahli dan pemimpin parti agar tidak membangkitkan isu pembahagian kerusi pilihan raya secara terbuka kerana ia hanya akan menampakkan Pakatan Harapan  sedang berbalah sesama sendiri.

Sehubungan itu, beliau berpendapat bahawa isu pembahagian kerusi pilihan raya antara parti kompinen Pakatan Harapan sepatutnya ditentukan oleh majlis presiden gabungan itu.

Khalid berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK), Chang Lih Kang yang mencadangkan DAP memberikan separuh daripada kerusi majoriti pengundi Cina ditandinginya kepada AMANAH.

Chang dalam satu kenyataan kepada sebuah protal berita berkata,  ia sebagai pertukaran DAP boleh bertanding di kerusi pengundi campuran atau majoriti Melayu yang dijangka diperuntukkan kepada parti serpihan PAS itu.

Jelas beliau, pertukaran ini akan membantu AMANAH mendapatkan sebahagian kerusi yang boleh menang manakala DAP mencapai transformasinya untuk menjadi parti berbilang kaum.

Bagaimanapun, ahli Parlimen Shah Alam itu berpandapat bahawa cadangan yang diutarakan Adun Teja itu boleh mengundang persepsi negatif terhadap Pakatan Harapan pada masa hadapan.
« PREV
NEXT »

Tiada ulasan

Catat Ulasan

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.