Disediakan oleh
Unknown
11:23:00 PTG
-
0
Ulasan
Berani buat, berani tanggung! Gara-gara menghasut dan menghina Kesultanan Johor di laman sosial pada akhir tahun lepas, seorang lelaki pemilik laman Facebook menggunakan nama "Kambing Selatan" ditahan pihak polis hari ini bagi membantu siasatan.
Dalam satu kenyataan kepada Bernama, Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata lelaki berusia 30 tahun itu ditangkap di sebuah rumah di Jalan Tanjung, Taman Wangi, Gua Musang, Kelantan, pada pukul 2.45 petang, hari ini.
Jelas beliau lagi, suspek ditangkap bagi membantu siasatan kes menghina dan menghasut ke atas Kesultanan Johor melalui Facebook yang telah dilaporkan di Balai Polis Taman Pelangi pada 27 Disember tahun lalu.
Ketika penahanan dilakukan, Wan Ahmad Najmuddin berkata pihak polis turut merampas beberapa peralatan komputer dan lelaki itu kini dibawa ke Johor untuk siasatan lanjut.
Kes disiasat di bawah Sekyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948, yang jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM5,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya.
Beliau juga menasihatkan orang ramai supaya tidak menyalahgunakan laman sosial untuk menyebarkan kenyataan berbaur fitnah atau hasutan yang boleh mencemar kredibiliti kerabat diraja atau mana-mana individu.
Selain itu, orang ramai juga diminta menggunakan Facebook secara profesional dengan mengambil kira perkara sensitif yang boleh menyinggung perasaan orang lain, katanya.
Tiada ulasan
Catat Ulasan
KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.