Terkini

Rabu, 2 Disember 2015

Dihalang Berucap Bukti Ruang Demokrasi Dalam Umno Makin Terhakis - Muhyiddin

muyiddin-pau2015

Kecewa kerana disingkir dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Kabinet, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan apa yang sedang berlaku dalam partinya hari ini sebagai bukti bahawa ruang demokrasi di dalam UMNO semakin terhakis.

Muhyiddin berkata demikian ketika mengulas tindakan Ahli Majlis Tertinggi memutuskan untuk tidak membenarkan beliau berucap pada majlis perasmian Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO yang akan berlangsung 8 Disember ini.

Bercakap kepada pemberita siang tadi, beliau turut memaklumkan bahawa dirinya tidak dibenar terlibat dalam ucapan penggulungan seperti kebiasaanya semasa Perhimpunan Agung UMNO yang lepas.

Muhyiddin yang masih lagi menyandang jawatan Timbalan Presiden UMNO dalam nada kecewa berkata akan menerima dan menghormati keputusan yang dibuat oleh Majlis Tertinggi parti itu walau terpaksa menjadi 'tunggul' di atas pentas.

Bagaimanapun beliau menyeru kepada ahli akar umbi UMNO menggunakan perhimpunan agung itu sebagai platform meluahkan apa yang terbuku di hati demi memastikan survival parti pada masa depan.

Muhyiddin hadir bagi memberikan sokongan kepada sembilan pemimpin cawangan Teluk Kemang yang dipanggil Lembaga Disiplin Umno pada Rabu berikutan gesaan mereka supaya Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan sebagai presiden pada Oktober lepas.
« PREV
NEXT »

2 ulasan

  1. Ini adalah catatat Dan pandangan saya yang turut di postkan ke blog DIN TURTLE - DIN..... aku rasa kamu tak berlaku adil.... kau salahkan juak2 Najib...tp gagal mengimbangi pendapat Dan pandangan kami untuk di nilai sendiri oleh pembaca Dan penyokong kamu serta juak2 Tun. banyak kiriman penulis yg tidak di muat turun. Kesallah sedara ngan sikap begini...semakin menampakkan busuk hati melebihi niat murni. sedarlah Tun sebenarnya merapu...dah nyanyuk... nak turunkan Najib nak naikan siapa? TSMY? .... tak mungkin.... dah nampak gamenya - Tuan Din Turtle - ringkasan ini di salin Dan akan di post kepada beberapa blog sebaai bukti bahawa tulisan sebegini pernah dibuat... tetapi di padam oleh DIN TURTLE. sebab itulah blog kamu ternampak seolah2 lebih separuh rakyat Malaysia mahu Najib turun. Sengaja penulis buat begini supaya kamu lebih adil untuk makna keterbukaan.... bukannya syok sendiri. Jika tulisan banyak carut Dan maki hamun , teman boleh faham jika tidak disiarkan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akhirnya komentar Tuan disiarkan di ruangan ini..Terima kasih

      Padam

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.