Disediakan oleh
Kluang Today
12:25:00 PTG
-
1
Ulasan
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim dalam satu kenyataan semalam menjelaskan bahawa kertas siasatan terhadap mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad akan dirujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya (DPP) dalam masa terdekat.
Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata kertas siasatan tehadap bekas perdana menteri itu hampir selesai dan perkara itu akan dirujuk kepada pejabat DPP tidak lama lagi.
"Kami akan menyiapkan kertas siasatan sebelum ia dirujuk ke pejabat DPP. Ia hampir selesai dan akan diserahkan secepat yang boleh. Mungkin dalam tempoh satu atau dua minggu lagi," katanya kepada wartawan di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini ketika ditanya mengenai hasil siasatan tersebut.
Dalam siasatan tersebut beliau turut mengesahkan tiga pegawai polis dari Bukit Aman telah bertemu Dr Mahathir pada Jumaat untuk diambil keterangannya berhubung beberapa insiden termasuk kehadirannya semasa perhimpunan Bersih 4, pada Ogos lalu.
Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bulan lepas memberitahu, tiga kertas siasatan terhadap Dr Mahathir sudah dibuka selepas beberapa laporan polis diterima atas tindakannya mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak secara terbuka.
kertas siasatan jibby dah siap ke belum atau langsung tak buat...kah kah kah....
BalasPadam