Terkini

Khamis, 15 Oktober 2015

Muhyiddin Nafi Akan Buat Laporan Polis Berhubung Isu 1MDB

Muhyiddin-1MDB

BEKAS Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin menerusi satu kenyataan di laman facebook rmiliknya menafikan khabar angin bahawa beliau dan berberapa orang pemimpin lain akan membuat laporan polis terhadap 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang tersebar melalui aplikasi pesanan Whatapps baru-baru ini.

Menurut pengendali laman sosial facebook milik Timbalan Presiden Umno itu, maklumat yang tersebar melalui aplikasi pesanan ringkas itu adalah palsu.

Dalam mesej tersebut menyatakan bekas perdana menteri, Tun Mahathir akan membuat laporan berhubung salahlaku 1MDB di IPD Putrajaya, Muhyiddin di IPD Dang Wangi sementara Datuk Seri Shafie Afdal akan membuat laporan di IPD Brickfield.

Antara kandungan lain dalam mesej terut menyatakan ketiga-tiga pemimpin berkenaan akan ke Ibu Pejabat SPRM Putrajaya untuk satu lagi laporan kepada SPRM pada jam 2.30 petang selepas solat Jumaat.
« PREV
NEXT »

Tiada ulasan

Catat Ulasan

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.