Terkini

Ahad, 2 Ogos 2015

Polis Tahan 29 Peserta Himpunan Gulingkan Perdana Menteri

demo-tangkap-najib

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajudin Md Isa dalam satu kenyataan kepada media berkata, seramai 29 individu telah ditahan polis berhubung himpunan gulingkan Perdana Menteri di Jalan Tuanku Abdul Rahman pada petang Sabtu semalam.

Menurutnya, tangkapan dilakukan di sekitar kawasan kompleks beli-belah Sogo dan Jalan Tuanku Abdul Rahman. Jelasnya beliau lagi, himpunan yang bermula kira-kira jam 2.15 petang itu dianggarkan melibatkan 200 perserta.

Seramai 29 indivdu yang ditahan berusia lingkungan 14 hingga 70 tahun. Katanya, kesemua 29 individu yang ditahan akan disiasat mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan, iaitu siapa menjadi seorang anggota sesuatu perhimpunan yang menyalahi undang, boleh dikenakan penjara selama tempoh sampai enam bulan, atau denda atau kedua-duanya.

demo-guling-pm-sogo

Siasatan turut dijalankan di bawah Seksyen 124 Kanun Keseksaan, iaitu aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen dan boleh membawa hukuman penjara selama tempoh 20 tahun.

Beliau berkata, kesemua tangkapan akan dibawa ke mahkamah untuk urusan reman bagi membolehkan siasatan dijalankan.

Katanya lagi, pihaknya bertindak secara profesional dan mengikut lunas undang-undang dalam menangani perhimpunan berkenaan.
« PREV
NEXT »

Tiada ulasan

Catat Ulasan

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.