Terkini

Isnin, 10 Ogos 2015

Nilai Ringgit Akan Naik Semula Jika Najib Latak Jawatan - Rafizi

Rafizi-Ramli-RM

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli hari ini memberi jaminan bahawa nilai ringgit akan naik semula sekiranya Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak melepaskan jawatanya.

Jaminan yang dinyatakan Rafizi itu turut dipersetujui oleh bekas Perdana menteri Malaysia ke empat iaitu Tun Dr Mahathir Muhammad.

Ahli Parlimen Pandan itu juga turut melahirkan keyakinanya sekiranya Datuk Seri Najib meletak jawatan dan ada seorang perdana menteri peralihan, nilai ringgit akan pulih kembali kerana salah satu sebab utama jatuhnya nilai ringgit adalah kerana pelabur asing tidak lagi yakin dengan Malaysia.

Tambah beliau lagi, pelabur dari dalam dan luar negara menarik kembali pelaburan mereka kerana tidak lagi yakin dengan ekonomi negara susulan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menurut Rafizi yang juga Setiausaha Agung parti itu, skandal 1MDB dan pengunduran Najib Razak menjadi kunci kepada kenaikan nilai ringgit dan meraih kembali keyakinan pelabur antarabangsa.

Dalam satu sidang media berlainan, Tun Mahathir berkata, semua krisis semasa yang membelenggu negara dan masyarakat ketika ini boleh diselesaikan dengan pengunduran pemimpin yang menjadi punca masalah.

Menurut beliau, saranan itu merupakan formula terbaik dan jalan penyelesaian yang ringkas serta mudah namun agak sukar untuk dilaksanakan selagi Najib masih lagi memegang kuasa.

Nilai ringgit jatuh ke paras terendah dalam tempoh 17 tahun, 6 Ogos lalu di mana ringgit disebut harga pada 3.9005/9035 berbanding dolar daripada 3.8760/8790.
« PREV
NEXT »

1 ulasan

  1. Kenapa nilai matawang banyak lagi negara yg susut lebih teruk dari RM Rafizi x sebut? Kejatuhan nilai matawang adalah masalah global, yg antaranya disebabkan oleh kejatuhan harga komoditi. Matawang adalah ciptaan manusia yg tentu x sempurna. Sebaiknya Rafizi ni berhenti dari menabur fitnah terhadap Najib dan kerajaan kerana fitnah itu adalah antara aktor yg menyumbang kepada kejatuhan nilai RM. So Raizi patut salahkan diri sendiri.

    BalasPadam

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.