Disediakan oleh
Unknown
9:11:00 PTG
-
0
Ulasan
Adun Mengkibol, Tan Hong Pin mengecam sekeras-kerasnya tindakan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Span) dan kerajaan Negeri Johor kerana bertindak menaikkan tarif air bermula 1 Ogos lalu.
Menurut wakil rakyat dari parti DAP itu, tindakan Span dan kerajaan negeri menaikkan tarif air dilihat akan menambah bebanan rakyat negeri ini.
Tan juga turut menyifatkan keputasan yang dibuat itu tidak kena pada masanya. Tambah beliau lagi, kenaikan tarif air itu menjadikan rakyat negeri ini makin ditekan dengan pelbagai masalah ekonomi termasuk pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) April lalu.
“Kerajaan harus membatalkan peningkatan ini segera dan memberhentikan tindakan merompak jutaan pengguna air di Johor demi keuntungan ratusan juta syarikat monopoli milikan kroni.
“Pengumuman kadar tarif baru air yang berkuatkuasa 1 Ogos lalu oleh Syarikat Air Johor (SAJ) sangat mengejutkan. SAJ telah mendapat kebenaran dari Span untuk meningkatkan kadar air di seluruh Johor untuk setiap jenis pengguna dan tahap penggunaan.
“Kadar tarif air untuk penggunaan domestik melambung sebanyak 33 peratus daripada RM0.60 setiap meter padu kepada RM 0.80 setiap meter padu untuk 20 meter padu pertama.
“Tindakan pihak SAJ mengenakan kenaikan tarif setinggi 33 peratus untuk kelas penggunaan terendah (0-20 m3) manakala 1 peratus untuk kelas penggunaan tertinggi (lebih daripada > 35 m3) adalah regresif dan tidak wajar sama sekali,” katanya.
Tan berkata, sepatutnya golongan yang menggunakan air berlebihan sama ada mempunyai rumah besar ataupun gaya hidup mewah sepatutnya memikul kadar peningkatan lebih banyak.
“Saya hairan bagaimana SAJ dengan kebenaran kerajaan negeri dan Span di bawah Kerajaan Persekutuan boleh mengambil langkah begitu menindas golongan rakyat biasa.
“Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, sepatutnya dasar yang digubal berkenaan penggunaan air cenderung kepada memberi galakan dan insentif kepada pengguna yang berhemah dan berjimat, manakala memberi hukuman kepada pengguna yang membazir.
Jelas beliau, rakyat Johor terpaksa menanggung harga air yang termahal berbanding negeri-negeri lain yang kurang sumber air seperti Negeri Sembilan yang mempunyai taburan hujan yang kurang dan Melaka yang tiada sungai-sungai besar
Tan berharap agar pihak bertanggujawab dapat menliti semula baik dan buruk serta kesan kenaikkan tarif air ini kerana ia dilihat membebankan rakyat.

Tiada ulasan
Catat Ulasan
KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.