Terkini

Ahad, 5 Julai 2015

Tindakan Saman Terhadap WSJ, Tun Mahathir Selepas Siasatan Selesai

najib-saman-wsj

Samada cepat atau lambat yang pasti Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Wall Street Journal (WSJ) berhubung satu artikel yang mendakwa bahawa RM2.6 bilion telah dipindahkan ke dalam akaun bank peribadinya.

Berkata kepada subuah akhbar, Setiausaha politik Najib, Datuk Muhammad Khairun Aseh memberitahu bahawa laporan yang disiarkan WSJ dan Sarawak Report adalah fitnah jenayah yang bertujuan untuk memburukkan imej Perdana Menteri.

Tegasnya lagi, pihak Perdana Menteri akan mengambil tindakan terhadap kedua-dua portal berita tersebut selepas siasatan terperinci selesai dijalankan oleh pihak berkuasa.

Pada Jumaat lalu, WSJ dan Sarawak Report telah menerbitkan satu artikel yang memetik  seorang 'penyiasat yang tidak dinamakan', dengan mendakwa bahawa hampir US$700 juta (RM2.63 bilion)  dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri.

Dalam satu kenyataan lain, Najib berkata beliau percaya bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan orang di sebalik pembohongan itu bersama-sama dengan pihak asing termasuk blog Sarawak Report yang kini diragui kredibilitinya.
« PREV
NEXT »

1 ulasan

  1. Betapa pembohong pemfitnah ini. Dulu kata duit masuk akaun Jho Lo. Sekarang kata masuk akaun Najib pulak. Aduyai ...memang nyata fitnahnya.

    BalasPadam

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.