Jumaat, 17 Julai 2015

Nurul Izzah Nafi Bapa Terlibat Palsu Dokumen Untuk Sarawak Report

nurul-sarawak-report

Anak sulong kepada Anwar Ibrahim yang juga Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menggambarkan tuduhan bahawa bapanya terlibat memalsukan dokumen untuk laporan di laman Sarawak Report dalam plot yang didakwa untuk menjatuhkan Perdana Menteri sebagai tidak masuk akal.

Nurul menyifatkan dakawaan tersebut sebagai tidak masuk akal kerana bapanya berada di penjara sejak Febuari lalu atas kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berkata demikian sebagai respons segera terhadap rakaman video seorang bekas editor dari Sarawak, Lester Melanyi yang mendakwa Anwar adalah salah seorang pemimpin pembangkang yang ditemuinya di London.

Beliau berkata satu-satunya cara untuk mengetahui kebenaran isu kontroversi 1MDB adalah dengan mendedahkan serta-merta laporan interim Ketua Audit Negara.

Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata, adalah sesuatu yang membuang masa jika 'sumber' dakwaan yang ditulis dalam Sarawak Report tidak boleh dipastikan.

"Menonton video itu semestinya hanya membuang masa kerana apa-apa yang dikatakannya (Lester) langsung tidak berasas," tambah beliau.

Mereka membuat penafian ekoran laporan polis yang dibuat oleh Ramesh Rao Naidu Krisna, yang juga merupakan presiden badan bukan kerajaan Pertubuhan Minda & Sosial Perihatin dan video oleh Lester, bekas editor Sarawak Tribune.
« PREV
NEXT »

1 ulasan

  1. Nurul Izzah sepatutnya bekerjasama dengan kerajaan dengan meyebutkan nama-nama pembelut, pengkhianat Negara yang bersidang dengan Justo, dan terangkan Tony Pua adalah sebenarnya berjumpa Justo, baru masyarakat Melayu boleh percaya.

    BalasPadam

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.