Disediakan oleh
Kluang Today
10 years ago
-
0
Ulasan
BEKAS Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menyatakan kesetiaanya terhadap Umno tetap utuh dan tidak sama sekali meninggalkan parti keramat milik orang Melayu itu walau terdapat pujukan dari pihak tertentu untuk menyertai parti lain.
Sehubungan itu, Muhyiddin memberi ingatan kepada parti lain terutama pembangkang, agar tidak mengambil kesempatan untuk memujuknya menyertai parti mereka kerana kesetiaannya kepada Umno sama sekali tidak berbelah bahagi.
Dalam pada itu, Muhyidin juga turut menyatakan bahawa beliau adalah 'totok' Umno yang tidak akan berubah pendirian atau pecah amanah dalam perjuangan parti yang disertai sejak dulu lagi.
Sebelum itu Muhyiddin turut menyertai hampir 1,000 jemaah melakukan solat hajat dan tahlil di masjid itu.
Ucapan lebih 40 minit itu adalah yang pertama oleh Muhyiddin selepas beliau digugurkan daripada senarai Kabinet terbaharu yang diumumkan Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa lepas, dan digantikan oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Kepulangan Muhyiddin ke Parlimen Pagoh yang juga pertama kali selepas rombakan Kabinet itu sangat dinanti-nantikan oleh penyokong dan pengundi beliau yang ingin mengetahui hala tuju perjuangannya selepas ini.
Anggota Parlimen Pagoh itu berkata beliau masih mempunyai tugas besar untuk perjuangan bangsa, agama dan negara kerana masih mempunyai jawatan sebagai timbalan presiden Umno.

Tiada ulasan
Catat Ulasan
KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.