Disediakan oleh
Kluang Today
10 years ago
-
1
Ulasan
Parti PAS sudah tidak relevan lagi dalam landskap politik masih kini dan perlu melakukan pembaharuan, dakwa bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.
Mohamad, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, berkata penubuhan Gerakan Harapan Baharu (GHB) merupakan cara untuk membuat pembaharuan terhadap parti Islam itu supaya kekal relevan.
PAS masih menggunakan kaedah lama dalam berpolitik sedangkan rakyat berbilang kaum turut terlibat dalam proses membuat keputusan, katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran DAP negeri.
Beliau berkata GHB akan membuat penerangan di seluruh negara sebelum meneruskan proses pendaftaran dengan Pendaftaran Pertubuhan dalam tempoh lebih sebulan lagi.
Isnin lepas, beberapa bekas pemimpin kanan PAS termasuk Mat Sabu melancarkan sebuah pergerakan, dikenali sebagai Gerakan Harapan Baharu, yang dikatakan bertujuan menyatukan semula parti politik pembangkang.
Terdahulu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata beliau mengalu-alukan penubuhan GHB sebagai sebuah parti politik namun menafikan GHB adalah proksi DAP.
"Parti yang baru ditubuhkan itu harus memperjuangkan nasib rakyat Malaysiadan perlu fokus peningkatan ekonomi dan mampu mentadbir kerajaan dengan baik,"katanya. -Bernama

Hakikat sebenar ******* sudah tidak releven dalam PAS. Lumrah orang politik bila tewas dalam pemilihan barisan kepimpinan parti, perasaan tentu kecewa , tak puas hati , marah dan macam-macam.
BalasPadam