Terkini

Sabtu, 13 Jun 2015

Pergaduhan Antara Remaja Sekolah Siapakah Dalangnya

remaja-sekolah-gaduh

Gejala anak-anak sekolah bergaduh baik yang lelaki mahupun yang perempuan, yang seksi seksa dan brutal mahupun yang bertudung semakin menjadi-jadi.

Lebih menyedihkan lagi perkelahian dan pertarungan itu seperti sengaja dirancang.  Ada pula yang merakam dan kemudiannya dipaparkan di media sosial untuk tatapan umum.

Kebanyakan perkelahian melibatkan remaja perempuan begitu sadis sehingga tertanggal tudung, terkoyak baju, terselak kain sampai terdedah seluruh aurat bawah hingga terdedah seluar dalam. Kebanyakannya juga turut ditonton dan disorak oleh remaja lelaki tanpa berbuat apa-apa.



Yang sedihnya, kebanyakan perkelahian itu hanya melibatkan masalah remeh perebutan teman lelaki.

PDRM pun dah naik penat dan bosan untuk menangkap mereka-mereka ini. Akhirnya gejala ini akan terbiar berleluasa begitu sahaja.

Sama-sama kita renungkan dan cari jalan untuk menghentikan gejala yang mengaibkan dan amat membimbangkan ini.

Sumber fB: WARGA PRIHATIN
« PREV
NEXT »

Tiada ulasan

Catat Ulasan

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.